Penyebab Wanita Kebanyakan Masuk Neraka

Suatu perkara yang pasti bahawa Syurga dan Neraka
adalah dua tempat balasan yang Allah s.w.t. ciptakan.
Syurga diciptakanNya sebagai tempat tinggal yang abadi
bagi kaum Muslimin dan Muslimat dan Neraka sebagai
tempat tinggal bagi kaum Musyrikin, Musyrikat dan
pelaku dosa yang Allah s.w.t. telah melarang darinya.
Setiap Muslim yang mengerti keadaan Syurga dan
Neraka tentunya sangat berharap untuk dapat menjadi
penghuni Syurga dan terhindar jauh dari Neraka, inilah
fitrah.
Membicarakan tentang Neraka dan penghuninya, yang
mana mayoritas penghuninya adalah wanita kerana
sebab-sebab yang akan dijelaskan nanti.
Sebelum kita mengenal wanita-wanita penghuni Neraka
alangkah baiknya jika kita menoleh kepada peringatan-
peringatan Allah s.w.t. di dalam Al Quran tentang Neraka
dan azab yang tersedia di dalamnya dan perintah untuk
menjaga diri daripadanya.
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah
At Tahrim ayat 6)
Imam At-Tobari (rahimahu ‘Llah) menyatakan di dalam
tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan
ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.”
Ibnu Abbas r.a juga mentafsirkan ayat ini : “Beramallah
kamu dengan ketaatan kepada Allah, takutlah kamu
untuk bermaksiat kepadaNya dan perintahkan keluarga
kamu untuk berzikir, nescaya Allah menyelamatkan kamu
dari Neraka.”
Masih banyak tafsir para sahabat dan ulama lainnya
yang menganjurkan kita untuk menjaga diri dan keluarga
dari Neraka dengan mengerjakan amalan soleh dan
menjauhi maksiat kepada Allah s.w.t.
Di dalam surah lainnya Allah s.w.t. berfirmanyang
bermaksud :
“Peliharalah dirimu dari Neraka yang bahan bakarnya
manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang
kafir.” (Surah Al Baqarah ayat 24)
Sahabat yang dimuliakan, Begitu pula dengan ayat-ayat
lainnya yang juga menjelaskan keadaan Neraka dan
perintah untuk menjaga diri daripadanya.
Kedahsyatan dan kengerian Neraka juga dinyatakan
Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sahih dari Abu
Hurairah r.a bahawasanya baginda bersabdayang
bermaksud :
“Api kamu yang dinyalakan oleh anak cucu Adam ini
hanyalah satu bahagian dari 70 bahagian Neraka
Jahanam.”
Jikalau api dunia saja dapat menghanguskan tubuh kita,
bagaimana dengan api Neraka yang panasnya 70 kali
ganda dibandingkan dengan panas api dunia? Semoga
Allah S.W.T. menyelamatkan kita dari api Neraka.
WANITA PENGHUNI NERAKA
Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang
fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku
menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah
wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan
oleh Rasulullah s.a.w tentang penghuni Syurga yang
majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan Neraka
yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis
ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan
mereka dimasukkan ke dalam Neraka dan menjadi
majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab
tersebut disebutkan dalam hadis lainnya.
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w.
dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya
dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat
Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka
beginda bersabda kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku
melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku
melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.
Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai
Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana
kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah
mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab :
“Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur
terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau
berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka
selama waktu yang panjang kemudian dia melihat
sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia
akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun
kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-
Bukhari)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan
tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka
kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada
Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti
bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak
mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh
didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis
Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit
adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud
hadis di atas dengan pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga
adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka,
kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan
dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal
mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan
kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan
mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga
sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki
dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri
mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri
mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika
diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit
menerima jika diajak kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At
Tazkirah halaman 369)
Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas
dengan insaf, nescaya kita akan dapati beberapa sebab
yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka
bahkan menjadi majoriti penghuniya dan yang
menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari
penghuni Syurga.
1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :
Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini pada sabda
baginda di atas tadi. Kekufuran seumpama ini terlalu
banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum
muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari
kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang
panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai
dengan kehendak isteri sebagaimana kata pepatah,’panas
setahun dihapus oleh hujan sehari’. Padahal yang harus
dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap
apa yang diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri
kebaikan-kebaikan suami kerana Allah s.w.t. tidak akan
melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan
Rasulullah s.a.w :
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak
mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak
merasa cukup dengannya.”
(Hadis Riwayat Nasaie)
Hadis di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita
muslimah yang menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan
SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang
mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-
kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang
diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan hal-
hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk diperbesar-
besarkan.
Jika sedemikian keadaannya, maka sangat tidak sesuai
sekali jika wanita yang kufur terhadap suaminya serta
kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w
sebagai majoriti kaum yang masuk ke dalam Neraka
walaupun mereka tidak kekal didalamnya.
Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para
sohabiyah sebagai suri tauladan bagi isteri-isteri kaum
muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan yang
diberikan suaminya kepadanya.
2. Durhaka Terhadap Suami
Kedurhakaan yang dilakukan seorang isteri terhadap
suaminya pada umumnya berupa tiga bentuk
kedurhakaan yang sering kita jumpai pada kehidupan
masyarakat kaum Muslimin. Tiga bentuk kedurhakaan itu
adalah :
1. Derhaka dengan ucapan.
2. Derhaka dengan perbuatan.
3. Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.
Bentuk pertama ialah seorang isteri yang biasanya
berucap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera
memenuhi panggilannya, tiba-tiba berubah sikap dengan
berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan
suaminya. Atau ia memenuhinya tetapi dengan wajah
yang menunjukkan rasa tidak senang atau lambat
mendatangi suaminya. Kederhakaan seperti ini sering
dilakukan seorang isteri ketika ia lupa atau memang
sengaja melupakan ancaman-ancaman Allah terhadap
sikap ini.
Termasuk bentuk kederhakaan ini ialah apabila seorang
isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai
kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang
dibenarkan oleh syara’. Atau ia menuduh suaminya
dengan tuduhan-tuduhan yang bermaksud untuk
menjatuh dan merosak kehormatannya sehingga
suaminya dipandang hina di mata orang lain. Begitu juga
apabila seorang isteri meminta talak atau di
khulu’ (dicerai) tanpa sebab syar’i. Atau ia mendakwa
telah dianiaya atau dizalimi suaminya atau lain-lainnya.
Permintaan cerai biasanya di awali dengan pertengkaran
antara suami dan isteri kerana ketidakpuasan isteri
terhadap kebaikan dan usaha suami. Atau yang lebih
menyedihkan lagi bila hal itu dilakukannya kerana
suaminya berusaha mengamalkan syari’at-syari’at Allah
s.w.t. dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Sungguh
hina sekali apa yang dilakukan isteri seperti ini terhadap
suaminya.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w :
“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya
tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya
mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan
At-Tirmizi )
Bentuk kederhakaan kedua yang dilakukan para isteri
terjadi apabila seorang isteri tidak mahu melayani
keperluan batiniyah suaminya atau bermuka masam
ketika melayaninya atau menghindari suami ketika
hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika
suami hendak mendatanginya dan yang seumpamanya.
Termasuk dari bentuk ini ialah apabila seorang isteri
keluar rumah tanpa izin suaminya walaupun hanya untuk
mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini
sebenarnya adalah seakan-akan seorang isteri lari dari
rumah suaminya tanpa sebab syar’ie. Demikian pula jika
isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan)
bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya,
membuka dan menampakkan apa yang seharusnya
ditutupi dari anggota tubuhnya (aurat), menerima tetamu
tanpa izin suaminya, berjalan di tempat umum dan
pasar-pasar tanpa mahram, bersenda gurau atau
berbicara lemah-lembut penuh mesra kepada lelaki yang
bukan mahramnya dan yang lain-lain.
Begiti juga apabila seorang isteri tidak mau berdandan
atau mempercantikkan diri untuk suaminya padahal
suaminya menginginkan hal-hal itu, melakukan puasa
sunat tanpa izin suaminya, meninggalkan hak-hak Allah
seperti solat atau puasa Ramadhan.
Maka setiap isteri yang melakukan perbuatan-perbuatan
seperti tersebut adalah isteri yang durhaka terhadap
suami dan telah melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
Jika kedua bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus
oleh seorang isteri maka ia dikatakan sebagai isteri yang
derhaka dengan ucapan dan perbuatannya.
Sungguh rugi wanita yang melakukan kederhakaan ini.
Mereka lebih memilih jalan ke Neraka daripada jalan ke
Syurga kerana memang biasanya wanita yang melakukan
kederhakaan-kederhakaan ini tergoda oleh angan-angan
dan kesenangan dunia yang menipu.
Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-
bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-
rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali
orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah.
Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah
sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar
menempuhnya.
Ketahuilah pula bahawa jalan menuju ke Neraka memang
indah, penuh dengan syahwat dan kesenangan dunia
yang setiap manusia tertarik untuk menjalaninya. Tetapi
ingat dan sedarlah bahawa Neraka menanti orang-orang
yang menjalani jalan ini dan tidak mahu berpaling
darinya semasa ia hidup di dunia.
Hanya wanita yang bijaksanalah yang mahu bertaubat
kepada Allah s.w.t. dan meminta maaf kepada suaminya
dari kederhakaan-kederhakaan yang pernah ia lakukan.
Ia akan kembali berusaha mencintai suaminya dan sabar
dalam mentaati perintahnya.
3. Tabarruj
Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita
yang menampakkan perhiasannya dan keindahan
tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari
pandangan lelaki bukan mahramnya.
Hal ini kita dapati pada sabda Rasulullah s.a.w tentang
wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang
disebabkan pakaian yang mereka pakai tipisnya,
berseluar ketat menampakkan bahagian-bahagian tubuh
tertentu, tidak menutup aurat sepertimana yang berlaku
di dalam masyarakat kita. Sebagaimana yang dihuraikan
oleh Ibnul ‘Abdil Barr rahimahu ‘Llah ketika menjelaskan
sabda Rasulullah s.a.w tersebut. Ibnul ‘Abdil Barr
menyatakan :
“Wanita-wanita yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w
adalah yang memakai pakaian yang tipis yang
menampakkan tubuhnya atapun yang menunjukkan
bentuk tubuhnya dan tidak menutupinya, maka mereka
adalah wanita-wanita yang berpakaian pada zahirnya
dan telanjang pada hakikatnya … .”
Mereka adalah wanita-wanita yang suka dan amat
gembira apabila berjaya menampakkan perhiasan
mereka, padahal Allah s.w.t. telah melarang hal ini
dalam firmanNya yang bermkasud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-
perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 310)
Imam Az-Zahabi rahimahu ‘Llah menyatakan di dalam
kitab Al Kabair :
“Termasuk dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan
mereka dilaknat ialah menampakkan hiasan emas dan
permata yang dipakai oleh mereka, memakai minyak
wangi dengan yang seumpanya jika mereka keluar rumah
… .”
Dengan perbuatan seperti ini bererti mereka secara tidak
langsung menyeret kaum lelaki ke dalam Neraka, kerana
pada diri kaum wanita terdapat daya tarik syahwat yang
sangat kuat yang dapat menggoncang keimanan yang
kukuh sekalipun, apa lagi iman yang lemah yang tidak
dikuatkan dengan ilmu Al Qur’an dan As Sunnah.
Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih
bahwa :
“ Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas
kaum lelaki adalah fitnahnya wanita.”
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sejarah sudah membuktikan bahawa betapa banyak
tokoh-tokoh dunia yang tidak beriman kepada Allah
s.w.t. hancur hanya disebabkan pujuk-rayu wanita.
Bahkan berapa banyak persaudaraan di antara kaum
muslimin terputus hanya disebabkan wanita. Berapa
banyak anak yang menderhaka kepada ibunya demi
mencari cinta seorang wanita, dan masih banyak lagi
gejala-gejala lainnya yang dapat membuktikan bahawa
wanita seumpama mereka ini memang layak untuk tidak
mendapatkan wanginya Syurga.
Hanya dengan ucapan dan rayuan seorang wanita
mampu menjerumuskan kaum lelaki ke dalam lembah
dosa yang hina, terlebih lagi jika mereka bersolek dan
menampakkan tubuh mereka kepada kaum lelaki. Tidak
menghairankan lagi jika di sana-sini terjadi jenayah dan
kezaliman terhadap kaum wanita, kerana yang demikian
adalah hasil perbuatan mereka sendiri.
Hindarilah tabarruj dan berhiaslah dengan pakaian yang
disaran oleh Islam yang akan menyelamatkan kaum
wanita dari dosa di dunia ini dan azab di akhirat kelak.
Jangan diikut pemikiran sekular pemimpin-pemimpin
wanita Islam yang cuba mempertikaikan hukum-hukum
Allah dan mempertikaikan hak-hak wanita yang telah
dinyatakan di dalam al-Qur’an.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Dan tinggallah kamu di rumah-rumah kamu dan
janganlah kamu bertabarruj dengan tabarrujnya orang-
orang jahiliyyah pertama dahulu.” (Surah Al Ahzab ayat
33)
Masih banyak sebab-sebab lainnya yang menyebabkan
wanita menjadi penghuni majoriti Neraka. Tetapi
cukuplah dengan tiga sebab ini sahaja yang dijelaskan di
sini kerana memang tiga perkara inilah yang sering kita
dapati di dalam kehidupan masyarakat kita.
Rasulullah s.a.w pernah menerangkan satu amalan yang
dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka.
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang
berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.
dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit
mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka
dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian
baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu
adalah kayu api Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara
wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua
pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai
Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh
dan kamu kufur terhadap suami!” (Hadis Riwayat Al-
Bukhari)
Bersedekahlah kerana sedekah adalah satu jalan untuk
menyelamatkan kaum wanita dari azab Neraka. Semoga
Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari azab-Nya. Aamiin.

Eramuslim

By Cecep Sakik Dikirimkan di Artikel

Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah?

Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah?
Redaksi – Senin, 6 Jumadil Awwal 1434 H / 18 Maret
2013 19:33 WIB
Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah | Kenapa wanita
tu senang menjadi fitnah? Memang itulah hakikatnya ,
wahai wanita ! Allah telah jadikan anda makhluk paling
cantik dipandang mata, andalah sebaik-baikperhiasan
yang mampu menarik pandangan setiap mata di
sekitarmu.
Kenapa Wanita Senang Menjadi Fitnah
Ada yang pakai kerudung simple . Ujung julurnya diikat
ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah
‘bentuk’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah
tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta
wanita menutupkan dengan kerudung, menutup
bahagian dada mereka.
Ada pakai kerudung, tapi pakai T-shirt pendek . Malah
ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat
pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya
menampakkan lengan yang ‘mulus’ itu. Yang
dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang
dipadankan dengan jeans ketat. Jadi apabila
membongkok atau duduk, nampak pakaian dalam,
malah kadang-kadang tercetak apa yang tersembunyi.
Ada pakai kerudung , tapi pakai jeans teramat ketat.
Alur pinggulpun terbelah dua. Bentuknya pun
terbayangkan. Apa mau jadinya ini?
Ada yang pakai kerudung, tapi pakai kebaya ketat.
Tidak cukup dengan itu ‘kainnyapun dibelah’ pula.
Apabila berjalan, terlihatlah mulusnya betis malah
kadang-kadang paha pun tersingkap.
Ada yang pakai kerudung, tapi pakai kain
mini, apakah kaki bukan auratkah? Pakai pula
stoking !!
Ramai perempuan pakai kerudung, tapi bermake up
tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala.
Menunjukkan aksi seksi pula.
Ada perempuan berkerudung, ‘menempel’ pula dengan
teman lelaki di bangku stasiun bus dan pusat
pembelajaan. Ini menjatuhkan image wanita
berkerudung.
Ramai perempuan suka pakai sepatu bertumit tinggi.
Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam
khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul
bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan
wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saran al Quran dan
hadist. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan
oleh ilmuan agama seperti pada khatib Jumaat itu.
Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di
hadapan Allah. Apakah anda tak takut?
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan
berkerudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya,
semakin ramai wanita berkerudung tetapi tidak menutup
bahagian sensitif.
Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya
mereka bertelanjang ini kerana terikut perkembangan
fashion sampaikan tak fikir tentang soal aurat.
Penulis lihat sekarang ada jubah wanita yang dijual tapi
bila dipakai jubah tu hanya membalut satu badan sampai
menampakan bentuk tubuh badan pemakai tersebut. Ya
Allah bukalah hati jangan pakai ketat-ketat sampai
tampak bentuk yang tak sepatutnya nampak.
Wahai kaum adam,
Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu,
Bimbinglah dia,
Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak,
Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan tepat
dengan caranya,
Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah
dari tulang rusukmu
Lindungi dia dari fitnah dunia.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan
hadis jika mau selamat.
Wallahua’lam
Sumber: Zulhafidz Yahaya

By Cecep Sakik Dikirimkan di Artikel